Muzik Video Jombalika Floor 88 Tampilkan Gandingan Tak Disangka, Netizen Terkejut Lihat Penampilan Cupcake Aisyah & Fadhli Masoot

Video muzik lagu Raya kumpulan Floor 88 yang menampilkan pempengaruh terkenal, Cupcake Aisyah dan pelakon, Fadhli Masoot mendapat perhatian netizen, baru-baru ini.

Penampilan Aisyah atau nama sebenarnya, Nur Aisyah Muhammad Razip yang comel membuatkan peminat terkejut dengan lakonan pertamanya menerusi muzik video ini.

Aisyah yang lebih dikenali di platform YouTube digandingkan bersama Fadhli sebagai pasangan suami isteri.

Muzik video tersebut mengisahkan mengenai sekumpulan lelaki yang ingin pulang beraya di kampung dan bertemu wanita idaman mereka, namun rupa-rupanya wanita itu sudah pun berkahwin.

Apa yang lebih membuatkan netizen terhibur apabila Aisyah memuat naik gambarnya bersama Fadhli di akaun Twitter dan mendapat pelbagai respons daripada netizen.

“Paling random ye collab dengan Alang.

“Apa kau buat bulan Ramadan ni Aisyah sampai mengandung ni?

“Dahlah Aisyah comel, Fadhli pun comel pastu bergabung meletup,” antara ciapan netizen di laman Twitter.

Penampilan mereka sebagai pelakon dalam muzik video kumpulan Floor 88 itu sudah meraih 245,000 tontonan.

Jombalika juga boleh didengari secara digital di semua platform penstriman.

Izzi Farhana