[VIDEO] Peminat Nur, Ustaz Adam Dan Ustaz Hamadi ‘Make sure’ Jangan Lepaskan Peluang Ini!

Walaupun sambutan Ramadan pada kali ini agak sedikit berbeza dari tahun sebelumnya, jangan risau TV3 akan pastikan hanya rancangan-rancangan menarik disajikan buat penonton setianya.

Jadi, ini mungkin berita baik buat peminat Ustaz Adam, Nur dan juga Ustaz Hamadi kerana drama bersiri popular ini bakal ditayangkan semula bermula 21 April ini iaitu setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 10 malam hanya di TV3.

Jadi, buat korang yang masih belum pernah menyaksikan drama popular Nur, ini adalah peluang korang untuk menonton drama bersiri ini bersama keluarga.

Dan, yang pastinya banyak pengajaran dan teladan yang kita boleh ambil menerusi drama Nur ini.

Salma Syahbuddin