Niat Puasa Setiap Malam Atau Niat Puasa Sebulan Sekaligus? Dr Zulkafli Jelaskan Hukumnya

Apabila tibanya Bulan Ramadan, timbul beberapa kemusykilan mengenai niat dan hukum, namun perkara yang sering menjadi tanda tanya dan persoalan ramai adalah mengenai niat puasa. Ada yang berpendapat puasa Ramadan boleh diniatkan 30 hari sekaligus, ada yang berpendapat sebaliknya.

Niat merupakan salah satu syarat sah berpuasa dan hukum berniat pada bulan puasa adalah wajib. Sekiranya seseorang itu tidak berniat, maka tidak sahlah ibadat puasa yang dilakukan.

وَمَآ أُمِرُوٓاْ إِلَّا لِيَعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ

Maksudnya: “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya”.

(Al-Bayyinah: 5)

Dua pendapat daripada para ulama

Terdapat dua pendapat ulama dalam perbincangan ini:

Pertama: Boleh diniatkan terus sebulan berpuasa dan ini merupakan pendapat al-Imam Zufar dan al-Imam Malik. Mereka mengatakan bahawa berpadalah bagi seseorang itu untuk berniat sekali sahaja iaitu dengan meniatkan sebulan berpuasa pada awal permulaan niat

Kedua: Tidak berpada dengan niat sebulan sekaligus bahkan perlulah memperbaharui niat pada setiap malam. Ini adalah pendapat jumhur berdasarkan keumuman hadith Hafsah R.Anha sebelum ini. Ini kerana, puasa itu setiap harinya adalah ibadah yang bersendiri (mustaqil).

Mazhab Syafie saran niat pada setiap malam

Berdasarkan dalil dan juga alasan yang diberikan dalam permasalahan ini, pendapat jumhur dari mazhab Syafie adalah yang paling tepat iaitu niat perlulah diperbaharui pada setiap malam untuk berpuasa. Walaupun berniat berpuasa selama sebulan boleh dilakukan, namun kita masih perlu berniat pada setiap malam.

Niat berpuasa

Salam Ramadan dan selamat berpuasa buat seluruh umat Islam. Semoga Ramadan ini semakin mendekatkan diri kita kepadaNya.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”