Pengumuman Semalam Tak Berkuatkuasa Secara Automatik, Orang Ramai Tidak Dibenarkan Balik Kampung -Menteri Kanan

Umum mengetahui, semalam  Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengeluarkan kenyataan yang membenarkan sesiapa yang terkandas di kampung untuk mengisi borang permohonan secara online sekiranya ingin pulang ke bandar.

Hari ini, beliau menjelaskan maksud kenyataan beliau sekaligus melarang orang ramai untuk pulang ke kampung menyambut bulan puasa.

Saya hendak perbetulkan di sini, apa yang diumumkan semalam, saya menyatakan hanya mereka yang terperangkap di kampung boleh berdaftar secara dalam talian atau di balai polis mulai 25 April ini untuk kembali semula ke bandar bukannya membenarkan orang ramai pulang ke kampung,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di Putrajaya, hari ini.

Beliau turut menjelaskan pengumuman mengenai kebenaran pulang semula ke Kuala Lumpur dan bandar yang dibuat semalam, tidak berkuat kuasa secara automatik.

Sumber: Berita Harian

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”