[VIDEO] Peminat Timbulkan Persoalan Kenapa Noraniza Idris Tak Nyanyi Lagu 7 Nasihat?

Penyanyi irama tradisional, Noraniza Idris meraih perhatian peminat penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza selepas tular sebuah video di aplikasi TikTok.

Menerusi video tersebut, Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani itu membuat persembahan di Anugerah Seri Angkasa 2022 berlangsung di Putrajaya, semalam.

Menerusi sedutan video tular dimuat naik oleh pengguna TikTok, individu berkenaan mendakwa Kak Ani tidak menyanyi ketika lagu 7 Nasihat milik Siti dimainkan.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, lontaran suara yang dikeluarkan semasa lagu 7 Nasihat adalah daripada ā€˜backup singerā€™ dan Kak Ani sedang menari di tengah pentas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen pelik mengapa Kak Ani tidak menyanyikan lagu terbabit.

Hal demikian ditimbulkan netizen kerana Kak Ani dilihat tiada masalah untuk menyanyikan lagu Intan Payung yang dimainkan selepas lagu 7 Nasihat.

Rata-rata netizen meluahkan rasa pelik dan tertanya mengapa situasi ini berlaku.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut meraih sebanyak 99,000 tontonan, lebih 1,000 tanda suka dan 196 komen.

Aqilah Paharuzi