[VIDEO] Penampilan Raih Sokongan Ramai: “Hijrah Bukan Untuk Dipuji Baik” – Lisa Surihani

Penampilan pelakon jelita, Datin Lisa Surihani menjadi perbualan hangat netizen yang teruja melihat perubahan isteri kepada pengarah Datuk Yusry Abdul Halim ini.

Lisa menerusi sebuah video di TikTok miliknya berkongsi sebuah petikan yang menarik perhatian ramai peminatnya.

Video berdurasi 16 saat itu memaparkan Lisa sedang berjalan sambil menikmati keindahan pantai.

“Hijrahlah untuk menjadi baik, bukan untuk dipuji baik,” tulisnya dalam video berkenaan.

Menerusi video lain, Lisa turut berkongsi sebuah petikan lain berkaitan Hijrah juga.

“Hijrah bukan bererti kamu tidak lagi menjadi diri sendiri. Kerana hijrah adalah kamu tetap menjadi diri sendiri dengan keadaan yang lebih baik daripada sebelumnya,” tulisnya.

Sebelum ini, suami tercinta Lisa iaitu Yusry pernah mendedahkan dia tidak memaksa isterinya itu untuk berubah dan memaklumkan perubahan aktres berkenaan adalah atas niatnya sendiri.

Artikel Berkaitan: Hijrah Lisa Surihani Dipuji Ramai, Yusry Tidak Mahu Ambil Kredit – “Itu Apa Yang Dia Mahu, Bukan Saya Paksa”


Menjengah ke ruangan komen video berkenaan, ramai dalam kalangan netizen berterima kasih kepada aktres Istanbul Aku Datang itu kerana berkongsi petikan-petikan yang sangat mendalam menerusi ruang TikToknya.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 945,000 tontonan, 87,000 tanda suka dan 895 komen.

Aqilah Paharuzi