[VIDEO] Penampilan Terbaru Rosnah Mat Aris Mengejutkan Netizen – “Paling Win Setakat Ini”

Baru-baru ini tular sebuah video usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mempromosikan lagu baharunya yang mendapat kecaman netizen di laman sosial.

Namun, apa yang lebih mengejutkan, Aliff sekali lagi memuat naik video untuk mempromosikan lagu tersebut dan menampilkan seorang pelakon veteran, Rosnah Mat Aris.

@aidarich89 nantikan lagu raya terbaru dari saya.. #terlajaklaris #alifsyukriterlajaklaris #powerrangers #chomel ♬ bunyi asal – @aidarich89

Rosnah yang kali terakhir muncul di layar perak menerusi filem Tiga Janda Melawan Dunia mengenakan baju berwarna putih dan gincu berwarna merah menjadikan dirinya sebagai titik tumpuan dalam muzik video tersebut.

Video itu juga telah di muat naik semula oleh salah seorang pengguna TikTok dan kehadiran Rosnah dalam video tersebut meraih pelbagai respons netizen yang terkejut melihat penampilannya.

“Kenapa muka Rosnah Mat Aris gitu, cucuk ke sakit?

“Ini Rosnah Mat Aris ke?

“Rosnah Mat Aris paling win setakat ini,” tulis netizen di ruangan komen.

Untuk rekod, Aliff telah mengeluarkan single terbaru miliknya yang berjudul ‘Chu Ku Chuk Raya’.

Izzi Farhana