[VIDEO] Personaliti Raih Pujian Ramai, Peminat Terharu Fazura Tak Kekok Layan Pesakit Kanser – “Boleh Jadi Menteri Kebajikan”

Pelakon dan usahawan jelita, Nur Fazura tidak asing lagi seorang selebriti yang mempunyai perwatakan sangat lembut serta senang menambat hati orang di sekelilingnya. 

Baru-baru ini, sebuah video tular di aplikasi TikTok memaparkan gelagat mesra Fazura yang tampak sangat penyayang melayan pesakit-pesakit kanser di Institut Kanser Negara. 

Menerusi video pendek berdurasi 12 saat itu menunjukkan sebuah pertemuan yang sangat menyayat hati antara Fazura dan salah seorang pesakit kansert tidak dapat menahan sebak.

Apa yang menarik perhatian adalah, netizen berpendapat Fazura seakan tidak kekok dan begitu merendah diri dalam melayan pesakit kanser meskipun dirinya merupakan seorang selebriti berpengaruh besar dalam industri hiburan.

Bukan itu sahaja, Fazura turut dilihat selesa melayan staf-staf Institut berkenaan yang mahu mengambil gambar dengannya.  

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan peminat Fazura kagum melihat aktres Gol dan Gincu ini yang cuba membahagiakan setiap pesakit kanser. 

Malah, ada juga individu yang berpendapat Fazura layak menjadi Menteri Kebajikan serta meraih persetujuan orang ramai.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut mendapat 609,000 tontonan, 33,000 ribu tanda suka dan 1117 komen.

Artikel Berkaitan: “Apa Perasaan Anda Jika Ada Penumpang Wanita Mengherdik…” – Fazura

Artikel Berkaitan: Izara Aishah Selar Netizen Cuba Lagakan Neelofa & Fazura – “Tak Ada Sebab.. Mampos Netizen Nak Jawab Kat Akhirat”

Aqilah Paharuzi