[VIDEO] Plot Twist Paling Win! Perkongsian Terkini Diana Danielle Raih Perhatian Ramai – “Diam Bukan Sebab Lemah, Tapi…”

Perkongsian terkini pelakon jelita, Diana Danielle mencuri perhatian ramai di media sosial selepas berkongsi sebuah video seakan meluahkan isi hatinya.

Menerusi hantaran di Instagram, Diana memuat naik sebuah video menyatakan antara sebab dia berdiam diri.

Menurutnya, dia berdiam diri bukan kerana dia seorang yang lemah, penyabar, orang yang baik atau memahami.

“Aku diam, bukan sebab aku lemah. Aku diam, bukan sebab aku orang yang sabar.

“Aku diam, bukan sebab aku baik. Aku diam, bukan sebab aku memahami,” tulisnya dalam video berkenaan.

Bagaimanapun, rata-rata netizen yang menonton video tersebut terkejut apabila terdapat ‘plot twist’ di akhir video tersebut.

Bekas isteri kepada aktor sensasi Farid Kamil ini berkata dia berdiam diri kerana berasa lapar.

“Tapi aku diam sebab AKU LAPAR,” tulisnya dengan tulisan berwarna merah.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen tidak menyangka pengakiran video tersebut menjadi sesuatu yang menghiburkan mereka.

“Hahahah that was unexpected,” tulis netizen.

“Menyesal la kita baca sampai habis,” kata netizen lain.

 

Bukan itu sahaja, ada juga dalam kalangan netizen yang tidak menyangka aktres filem popular Imaginur ini seorang yang sangat kelakar.

Sekadar info, Diana dan Farid berkahwin pada 3 November 2012 dan hasil perkongsian itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Perkahwinan selama 11 tahun yang telah terbina bagaimanapun terlerai selepas mereka sah bercerai talak satu pada 10 Ogos lalu.

Artikel Berkaitan: Perancangan Nak Rujuk Bersama Diana Danielle Kembali? Ini Respons Farid Kamil…

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Didakwa Buat Hidung, Ini Respons Diana Danielle – “Saya Ada Insecurities Dengan Diri…”

Aqilah Paharuzi