[VIDEO] Power! Nabila Huda Kongsi Babak Pukul Anak Dalam Lakonan Buat Netizen Mengalir Air Mata – “Bagi Lah Watak Apa Pun, Semua Menjadi”

Siapa sahaja tidak mengenali dengan aktres popular Nabila Huda yang serba boleh dalam setiap lakonan yang dijayakannya.

Terbaharu, nama Nabila atau lebis mesra disapa Abil ini sekali lagi mendapat perhatian warganet apabila memuat naik sebuah rakaman video di laman media sosialnya.

Menerusi video tersebut, memaparkan babak lakonan Nabila yang sedang memarahi dan merotan anaknya sehingga dia mengalirkan air mata.

Ternyata, lakonan tersebut memberi kesan kepada semua yang menonton apabila Nabila berjaya menghidupkan watak dan lakonannya itu yang dikatakan sungguh ‘natural’.

Ramai yang memuji dan mengangumi kehebatan Nabila dalam menjayakan setiap watak yang dilakonkannya, malah, ramai juga tidak sabar menantikan karya tersebut ditayangkan kelak.

Namun menjengah ke ruangan komen lagi, ada warganet berseloroh apabila mengatakan babak lakon tersebut menggambarkan situasi apabila anak Nabila iaitu Keisha lupa membawa pulang bekal.

“POV bila Keisha lupa bawa balik bento box (bekal) dia,” komen seorang pengguna.

Perkongsian tersebut telah meraih lebih 500,000 tontonan dan ratusan komen.

Khairil Khusyairi