Seram! Dengar Suara Tangisan Siang & Malam, Sheila Mambo Buang Anak Patung – “Kita Yang Salah Sebab Open The Gate…”

Pelakon Sheila Mambo berkongsi pengalaman seramnya tentang sebuah anak patung yang dimilikinya mengeluarkan bunyi suara tangisan.

Menerusi hantaran pelakon Nabila Huda di Instagram mempromosikan filem seram berjudul Rahsia, Sheila meninggalkan komen pernah diganggu anak patung pada 15 tahun lalu.

“Kalau jadi dekat korang, apa yang korang akan buat?,” tanya Nabila.

“Mader (panggilan mesra Sheila kepada Nabila) tak takut. Pernah ada incident dirumah, ada toy anak patung yang ada suara nangis or ketawa kalau ditekan perut suara-suara akan keluar.

“But suddenly malam dengar suara nangis, I just ignore. Esok tu siang bunyi yang nangis. Still, I don’t bother. Next few days something happen.

“So, I took the doll buang je. Mula-mula ingat she (anak patung) will be back at home, tapi okay je that was 15 years ago,” kongsinya.

Sementara itu, terdapat individu yang turut berkongsi pengalaman yang sama sepertinya dan bertindak membuang anak patung ke luar rumah.

Menurut Sheila lagi, dia tidak menafikan berasa seram namun dia yakin dengan kuasa Allah SWT lebih besar daripada ketakutannya.

“I know how you rasa, but I tak takut. Merasa gak seram but again I yakin dengan Allah SWT ada, kita yang salah sebab open the gate (such as having those prohibited things),” balasnya lagi.

Maya Basir