Selepas 2 Tahun Berehat, Saharul Ridzwan Luah Rasa Rindu Nak Berlakon?

Pelakon Saharul Ridzwan meluahkan rasa rindu untuk kembali berlakon selepas memperlahankan karier seni kerana telah berhijrah mendekatkan diri dengan aktiviti kerohanian.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, dia memberitahu sudah lebih daripada dua tahun dia tidak berlakon.

“Rasa rindu pulak nak berlakon.

“2 tahun lebih dah ni rasanya.. Patutkah?,” ujarnya meminta pendapat pengikutnya.

Terdahulu, Saharul pernah mengatakan dia tiada sebarang niat untuk meninggalkan dunia lakonan.

Malah, dia juga tidak menolak jika diberi rezeki berlakon semula tetapi harus bergantung kepada jalan cerita.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Tinggalkan Dunia Seni, Saharul Ridzwan Ikut Sunnah Apabila Ceburi…

Selain berlakon, pelakon drama Camelia ini turut memiliki perniagaan kedai makan bagi merealisasikan impian untuk memberi orang makan dan rasa kenyang.

Maya Basir