[VIDEO] Puji Sharnaaz Ahmad Sangat Tegas, Amelia Christie Dedah Momen Awal Perkenalan – “Masih Mengenal Hati Budi…”

Kekasih hati pelakon, Sharnaaz Ahmad iaitu Amelia Christie berkongsi momen awal perkenalan mereka.

Amelia mendedahkan perkara berikut menerusi sebuah siaran langsung di TikTok ketika menjawab soalan netizen.

Menurut pelakon baharu Amelia itu, dia dan Sharnaaz terjumpa ketika melakukan penggambaran bersama.

“Kami ‘terkenal’, tuhan takdirkan kami berjumpa jadi kami berjumpa lah masa itu.

“Kami jumpa ketika penggambaran. Itu sahaja tak ada apa-apa pun.

“Kami kenal sebagai kawan dan kenal hati budi masing-masing. Sekarang pun masih mengenal hati budi..dia orangnya macam mana, saya orangnya macam mana,” tuturnya.

Sementara itu, Amelia turut menceritakan tentang keperibadian Sharnaaz yang dikatakan seorang lelaki begitu tegas

“Sharnaaz dia seorang yang sangat tegas,” katanya lagi.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih sebanyak 57,000 tontonan, 1,000 tanda suka dan 11 komen.

Pasangan ini membuat kemunculan pertama mereka sebagai pasangan kekasih ketika berada di Malam Gala Polis Evo 3, dan mengakui sedang berkawan rapat.

Sekadar info, Sharnaaz sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama kakak kepada usahawan popular Neelofa iaitu Noor Nabila pada Mac 2017 namun pasangan ini bercerai pada Julai 2020

Hasil perkahwinan bersama mereka dikurniakan anak bernama Jebat Jayden, 6.

Aqilah Paharuzi