[VIDEO] Watie Hanifiah ‘Payung’ Lagu Agnez Mo, Tapi Netizen Pula Nakal Mengusik, Siap Komen: “Suara Sedap Tapi…”

Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah meraih perhatian ramai selepas tular sebuah video nyanyiannya di TikTok.

Menerusi video yang dimuat naik oleh netizen, Watie sedang menyanyikan lagu milik penyanyi terkenal, Agnez Mo bertajuk Rapuh.

Dalam ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen tertumpu kepada vokal dan lontaran suara Watie sehingga menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Ramai dalam kalangan netizen meminta Watie untuk menyebut sebutan lirik lagu tersebut dengan jelas dan lancar.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 118,000 tontonan, 2,000 tanda suka dan lebih 100 komen.

Aqilah Paharuzi