[VIDEO] Puteri Sarah Dedah Ada Individu ‘Stalk’ IG Andi Arsyil, Netizen Anggap Jiwa Tak Tenang – “Andi Pun Dia Nak Usha Ke?”

Pelakon Puteri Sarah mendedahkan ada individu menghendap atau ‘stalk’ pelakon Indonesia iaitu Andi Arsyil yang dipercayai sedang menjalinkan hubungan istimewa dengannya.

Menerusi perkongsian Sarah di TikTok @norainibasre, dia berasa hairan dengan tindakan individu itu memeriksa akaun Instagram milik pelakon filem Ketika Cinta Bertasbih ini.

Malah, Andi yang memberitahu perkara itu kepada Sarah juga tertanya-tanya dengan tindakan ‘stalker’ tersebut.

“Dengar-dengar ada orang tu dia stalk. Dia stalk pelakon Indo tu kenapa eh?

“Kenapa nak kena stalk IG dia eh? Dia tak ada kena mengena dengan awak, dia ada kena mengena dengan saya.

“Dia check IG orang tu. Lepas tu orang tu (Andi) tanya saya.. kok bisa check IG aku, kenapa sih?,” ujarnya.

@norainibasre #binafshasweet #norainibasre #norainibasreshop #najeehahhq #minyakanginrollon #aromatherapy #puterisarahliyana #pakpandirdanlabuajaib #lumier #partnerbisnes #perfectmatch #andiarsyil ♬ bunyi asal – Noraini Basre

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen seakan mengetahui individu yang diperkatakan oleh Sarah.

“Antara dua orang yang stalk, tak perempuan, lelaki.

“Jiwa tak tenang mat. Kesian betul orang tu apa lagi la yang dia nak.

“Sol dia dah amik..si andi pun dia nk usha ke?betul-betul tak tenang hidup perempuan tu,” komen netizen.

Hubungan Sarah dan Andi sedang hangat diperkatakan apabila dilihat mesra melalui beberapa panggilan video dan turut hadir ke program lawak untuk memberi sokongan kepada Sarah.

Untuk rekod, Sarah pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Shaikhul Islam dan Sumayyah.Pelakon Puteri Sarah mendedahkan ada individu menghendap atau ‘stalk’ pelakon Indonesia iaitu Andi Arsyil yang dipercayai sedang menjalinkan hubungan istimewa dengannya.

Menerusi perkongsian Sarah di TikTok @norainibasre, dia berasa hairan dengan tindakan individu itu memeriksa akaun Instagram milik pelakon filem Ketika Cinta Bertasbih ini.

Malah, Andi yang memberitahu perkara itu kepada Sarah juga tertanya-tanya dengan tindakan ‘stalker’ tersebut.

“Dengar-dengar ada orang tu dia stalk. Dia stalk pelakon Indo tu kenapa eh?

“Kenapa nak kena stalk IG dia eh? Dia tak ada kena mengena dengan awak, dia ada kena mengena dengan saya.

“Dia check IG orang tu. Lepas tu orang tu (Andi) tanya saya.. kok bisa check IG aku, kenapa sih?,” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen seakan mengetahui individu yang diperkatakan oleh Sarah.

“Antara dua orang yang stalk, tak perempuan, lelaki.

“Jiwa tak tenang mat. Kesian betul orang tu apa lagi la yang dia nak.

“Sol dia dah amik..si andi pun dia nk usha ke?betul-betul tak tenang hidup perempuan tu,” komen netizen.

Hubungan Sarah dan Andi sedang hangat diperkatakan apabila dilihat mesra melalui beberapa panggilan video dan turut hadir ke program lawak untuk memberi sokongan kepada Sarah.

Untuk rekod, Sarah pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Shaikhul Islam dan Sumayyah.

Maya Basir