[VIDEO] Ramai Berdekah Tengok Nabila Huda Ligat Bersenam, Netizen Komen Persis Nicki Minaj – “Wow Lentik Eh Sis”

Pelakon versatil Nabila Huda, menjadi bualan warganet apabila memuat naik perkongsian di media sosial.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di Instagram, bekas pengacara program Melodi TV3 itu memaparkan dia sedang beriadah di gimnasium.

Berdasarkan video tersebut, Nabila tampil aktif melakukan senaman dengan mengunakan alatan sukan sambil mengikut rentak lagu latar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap aksi anak kepada penyanyi rock, Amy Search itu. Malah, ramai juga menyatakan Nabila persis penyanyi popular antarabangsa, Nicki Minaj.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian rakaman tersebut sudahpun mencecah lebih 200,000 tontonan dan 10,000 tanda suka.

Khairil Khusyairi