Featured By: Aqilah Paharuzi October 27, 2022 @ 3:58pm

[VIDEO] Ramai Minta Tips Untuk ‘Push’, Elfira Loy Kongsi Proses Bersalin Anak Kedua – “Ambil Epidural Sebab..”

Pelakon jelita, Elfira Loy baru-baru ini berkongsi sebuah video memaparkan proses bersalin anak keduanya di aplikasi TikTok miliknya.

Menerusi ruangan kapsyen, Elfira berkata ramai yang meminta tips bersalin terutamanya ketika ‘push’ untuk mengeluarkan bayi secara normal.

“Nurariamikayla Jadi, inilah kisah kelahiran saya. Ramai yang mintak tips untuk push, Alhamdulillah Allah permudahkan untuk El, dengan bantuan dari Midwife El, Puan Sharifah. From this video, korang boleh dengar sendiri cara midwife El explain what to do before push,” katanya.

Berdasarkan video berdurasi 1 minit 30 saat itu, Elfira dilihat berada di dalam bilik bersalin ditemani oleh doktor yang mengajarnya cara untuk ‘push’.

“Bila nak push, tarik nafas ikut hidung. Tahan, dagu ke dada tengok perut.  Tangan tarik besi katil. Bila dah rasa tak cukup, curi nafas macam kita menyelam. Satu contraction, tiga kali push,” kata doktor.

Dalam pada itu, ibu kepada dua anak ini turut mengakui mengambil ubat tahan sakit, Epidural semasa proses bersalin difahamkan kerana bukaannya lambat.

“El ingin share jugak untuk pregnancy kedua ni, El ada ambik epidural sebab kita induced the baby. Sebab mengikut pengalaman sebelum, contraction ada tapi bukaan lambat dan El dah tahan sakit berhari-hari tapi masih 2cm.

“Tapi, bila bukaan dah hampir 6cm, El dah reducekan dosage for epidural sebab effect dia untuk El kalini, rasa lebih restless and macam tak boleh bernafas. Thats why towards the end, El dah boleh rasa contraction and mudah bila kita dah rasa ni. Kita boleh estimate bila nak push and sekuat mana kita push.

“Kalau tak, memang tak boleh nak rasa sendiri nak push sebab separuh badan numb. Dalam clip ni, korang ada nampak El senyum. Senyum sebab midwife dah pesan “Kalau muka buruk salahlah teran tu ” HAHAHA. Punyalah takut rupanya tersenyum saya. Masa tu tak perasan pun senyum. cuma control je. Kahkahkah,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan wanita memuji Elfira kerana tampak sangat tenang ketika bersalin.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut meraih 1.1 juta tontonan, 63,000 ribu tanda suka dan hampir 2,000 komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 29 Jun 2018

Ara Nak Buang Sikap Baran

Saya mahu jadi lebih matang. Lebih-lebih lagi ketika membuat keputusan. Dalam masa sama membuang jauh sikap baran. Baguslah kalau Ara dah berniat begitu…

Trending Tue, 1 Oct 2019

Ganjaran RM30,000 Untuk Buru Pembunuh Gajah Yang Mati Ditembak

Gajah ini sengaja dibunuh, kesiannya. Jom sama-sama cari pembunuh

Trending Thu, 1 Oct 2020

Semua Negeri Kini Diklasifikasikan Sebagai Zon Kuning

Tingkatkan kawalan kendiri dan patuh SOP

Featured Tue, 31 Jan 2023
Hiburan Thu, 24 Jan 2019

Tidak Mahu Terikat, Sissy Iman Selesa Bergerak Sendiri

Banyak syarikat rakaman dan pengurusan artis yang bertanya sama ada saya berminat untuk bernaung di bawah mereka atau tidak.

Hiburan Thu, 29 Aug 2019

Shaheizy Sam Ditegur Sebab Boroi

kadang kurus, kadang gemuk…artis juga manusia biasa.

Featured Fri, 2 Dec 2022
Fab Foodies! Thu, 8 Aug 2019
Featured Mon, 6 Mar 2023

Marsha Milan Rancang Buat Rawatan IVF, Dilema Perlu Berehat Dari Karier Seni

Rezeki ditangan Tuhan.. Kenapa Marsha dilema tu?