[VIDEO] Rebecca Nur Al Islam Bakal Lahirkan Bayi Lelaki Secara Pembedahan Esok, Mohon Doa Semua

Umum mengetahui pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam kini sedang sarat mengandung cahaya mata keenam.

Terkini, Rebecca dikhabarkan bakal melahirkan cahaya mata keenam pada bila-bila masa sahaja lagi

Menerusi perkongsian di Instagram, Rebecca memuat naik sebuah video yang memaparkan perkembangan kehamilannya.

Menerusi rakaman pendek tersebut, Rebecca memaklumkan dia akan melahirkan bayi keenam secara pembedahan.

“Esok (hari ini) mummy akan dimasukkan ke hospital dan Jumaat pagi saya akan melahirkan baby boy, Insya-Allah.

“Doakan saya semoga dipermudahkan. Tak normal tapi Czer (pembedahan),” katanya ringkas.

Terdahulu, kehamilan Rebecca dikatakan berisiko tinggi kerana kesemua cahaya mata yang dilahirkan adalah menerusi pembedahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rebecca Nur Al Islam Berkemungkinan Terpaksa Gugurkan Kandungan Anak Keenam

Untuk rekod, Rebecca mendirikan rumah tangga bersama Datuk Nur Azman Sulaiman, 54, pada 14 Januari 2011 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, 10, Nor Anggerik Renesmee, 9, Nor Aliff Al-Raffael, 6, Nor Ahmed Al-Raeggan, 3, dan Nor Aurora Riana, 3.

Khairil Khusyairi