[VIDEO] Romantiknya! Peminat Puji Yusry & Lisa Surihani Sentiasa Sweet & Awet Muda – “Perfect Couple”

Perkongsian pasangan selebriti sama cantik sama padan Datuk Yusry dan Datin Lisa Surihani mencuri perhatian, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Yusry atau nama sebenarnya Yusry Abdul Halim memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan dia dan isteri sedang bergambar di sebuah majlis.

Video berdurasi lebih 20 saat itu memperlihatkan Yusry dan Lisa tampil mengenakan busana serba hitam.

Lebih manis, pasangan tersebut nampak romantik sekali apabila sedang merakam gambar bersama.

Ternyata kemesraan mereka membuatkan peminat tak keruan sehingga ramai menyifatkan mereka adalah pasangan yang paling secocok.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian manis itu. Malah ramai turut memuji pasangan ini yang kekal awet muda lebih-lebih lagi Yusry.

Disebalik pujian itu, ramai turut mendoakan rumah tangga pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Untuk info, Yusry dan Lisa berkahwin pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.

ARTIKEL BERKAITAN: Penampilan Dipuji Tanpa Sebarang Calitan Make Up, Ini Jawapan Lisa Surihani – “Kadang Rasa Tak Suka Pakai”

Khairil Khusyairi