[VIDEO] Hadir Majlis Shila Amzah & Ubai, Penampilan Ummi Nazeera Curi Tumpuan – “Manis Sangat, Baju Pun Cantik”

Penampilan aktres jelita Ummi Nazeera ketika menghadiri majlis resepsi pasangan penyanyi popular Shila Amzah dan Ubai mencuri perhatian ramai.

Umum mengetahui penyanyi popular, Shila Amzah, 33, dan pasangannya juga pempengaruh, Ubai MZ, 25 sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada Sabtu lalu.

Shila atau nama lengkapnya Nur Shahila Amir Amzah, menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 daripada Ubai.

ARTIKEL BERKAITAN: Dengan Sekali Lafaz, Shila Amzah Sah Bergelar Isteri Kepada Ubai MZ

ARTIKEL BERKAITAN: ND Lala Tinggalkan Majlis Selepas Nikahkan Shila Amzah

Pada sebelah malam pula turut diadakan majlis resepsi yang dihadiri rakan-rakan selebriti. Antara selebriti yang mencuri tumpuan adalah Ummi Nazeera yang hadir bersama suaminya, Dr Izzar.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Ummi dan suami tampil bertemu pasangan pengantin di atas pelamin dan bergambar bersama.

Segak dan cantik, ternyata penampilan Ummi pada malam tersebut mencuri tumpuan apabila mengenakan busana berwarna coklat.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya memberikan pelbagai reaksi terhadap penampilan pelakon Risik Pada Hati itu yang dikatakan sangat manis dan cantik.

Malah ramai turut memuji busana yang digayakan Ummi pada malam tersebut.

Khairil Khusyairi