[VIDEO] Roslan Shah Jalani Rawatan Sihir Secara Live Di TikTok?

Heboh di media sosial TikTok berhubung sebuah video memaparkan aksi selebriti, Roslan Shah yang sedang merawat masalah gangguan sihirnya ketika berada di Madinah.

Namun begitu, Roslan atau lebih mesra disapa Cik Lan dilihat sedang dirawat secara langsung di aplikasi TikTok oleh wakil dari Pusat Rawatan Al Idrus.

Menerusi video tersebut, pelakon Johan As’ari berada di sampingnya seakan menjadi individu yang bertanggungjawab untuk menyampaikan doa-doa yang dibaca oleh wakil dari pusat rawatan tersebut.

Ini kerana berdasarkan pemerhatian XTRA, Johan membaca semula doa-doa yang disampaikan oleh wakil tersebut sambil memegang tubuh badan Cik Lan.

Selepas dibaca doa tersebut, Cik Lan terbatuk-batuk dan muntah seakan mengeluarkan segala benda yang tidak baik dalam badannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berharap agar segalanya dipermudahkan dan keadaan Cik Lan kembali sihat seperti sedia kala.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai Cik Lan yang secara tiba-tiba pengsan ketika menjadi tetamu jemputan di program live Wanita Hari Ini.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 117,000 tontonan, 2,000 tanda suka dan 533 komen.

@xtra_my

Sakitnya tengok.. moga dipermudah segala urusan Cik Lan 🥹😥 #fyp #xtramy #roslanshah #rawatan #sihir #live #tiktok #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Aqilah Paharuzi