[VIDEO] Sedih Industri Muzik Dilacurkan, Datuk Awie Sound Siapa Tu? – “Bercakap Tak Sedap, Menyanyi Apatah Lagi.. Dah Kaya Jangan…”

Penyanyi lagenda Datuk Awie tampil meluahkan isi hatinya yang kesal dan kecewa melihat imej industri seni muzik semakin merundum dan tercalar akibat tindakan segelintir usahawan dan TikToker.

Menurut Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 54, berkata lagu-lagu yang dihasilkan oleh mereka dianggap seperti melacurkan industri muzik.

“Saya kesian dengan industri muzik yang dilacuri oleh mereka yang tiada jiwa sebagai anak seni. Mereka guna platform ini untuk kepentingan diorang, kerana mereka berduit.

“Apa nak jadi dengan industri muzik kalau mereka melacuri industri ini dengan teruknya, teruk sangat tahu tak!

“Tiba-tiba stessen TV pakai lagu mereka untuk program, radio pakai lagu mereka untuk pasang walhal mereka bukan penyanyi, nak bercakap pun tak sedap apatah lagi nak menyanyi.

“Saya minta maaf, bukan saya bagus sangat, tak bagus pun tapi saya sayangkan industi ni sebab saya dah 37 tahun dalam industri. Jadi jatuh bangun dalam industri ni saya tahu,” luahnya.

Mengulas lebih lanjut, pelantun lagu Tragedi Oktober itu turut berkata tindakan mereka seperti mencurahkan bara api serta menggores  nama Malaysia yang tercalar dek aksi tidak senonoh dipamerkan dalam industri muzik.

“Tiba-tiba datang orang yang berduit, menghancurkan industri, orang alim ulama pun marah, netizen hentam dia lagi bangga diri.

“Kalau tak berkemampuan nak buat sesuatu yang tak elok, dia patut laburkan duit dia pada orang yang boleh buat. Cari orang-orang yang boleh menyanyi.

“Jangan kasi rosak industri. Negara kita ditontoni oleh negara-negara luar. Kita ni with one finger click orang boleh nampak dah apa yang berlaku di sini.

“Tak malu ke nama Malaysia menjadi buruk kerana engkau? Semata nak dapatkan rating dan viewers, sanggup menghancurkan nama Malaysia, Melayu dan khususnya orang-orang Islam,” ujarmya.

Awie turut berpesan untuk memberi peluang kepada penyanyi BBNU (budak budak baru nak up) untuk merealisasikan impian mereka serta melayari bidang nyanyian.

“Malu dik. Janganlah, bagi peluang kepada mereka yang betul-betul serius dalam industri muzik ini, mencari makan datangnya daripada orang susah-susah.

“Kalau suatu hari nanti perkara ini berbalik pada diri sendiri, apa perasaan dia?,” kata  lagenda Rock negara.

Meskipun tidak menyebut nama, dipercayai teguran pedas dan padu Awie ini seakan ditujukan kepada segelintir pengusaha kosmetik yang telah mencipta kontroversi dengan memuat naik gimmick serta konten murahan demi melancarkan lagu terbarunya hari ini.

Sumber: mStar

Aqilah Paharuzi