[VIDEO] “Semoga Luruh Dosa-Dosaku” – Aniq Suhair Botakkan Kepala, Nak Bina Semula Kehidupan Baharu

Pelakon Aniq Suhair mencuri tumpuan warga maya apabila berkongsi imej terkini di media sosialnya, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama lengkap Aniq Suhair Mohd Salleh ini memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan dia membotakkan kepala ketika berada di Tanah Suci Makkah.

Aniq muncul dengan penampilan baharu itu sejurus menunaikan ibadah umrah.

Pelakon drama Sekali Lagi Cinta Kembali ini turut berkata, ia ibarat permulaan baharu dalam hidupnya selepas menempuh pelbagai ujian sebelum ini.

“Semoga luruhnya rambutku ini seperti mana luruh dosa-dosaku.

“Lets start over shall we?,” tulis Aniq ringkas.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warga maya menyambut baik dengan imej terkini pelakon berusia 23 tahun itu.

Malah, ada juga yang mendoakan agar Aniq sentiasa istiqamah dalam berhijrah.

Terdahulu, nama Aniq Suhair kecoh di media sosial apabila timbul dakwaan yang mengatakan seorang artis lelaki menghamilkan seorang wanita dan enggan bertanggungjawab serta mahu kandungan itu digugurkan.

Malah wanita tersebut memberi gambaran artis lelaki tersebut sedang melalui fasa memperbaiki diri.

Tidak berdiam diri, Aniq dalam satu kenyataan menyatakan dia akan mengambil tindakan saman terhadap pemfitnah tersebut demi menjaga nama baik dan reputasinya.

Bagaimanapun, selepas itu, wanita tersebut telah menarik balik kenyataan tidak berasas tersebut dan tampil memohon maaf.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru Berniat Nak Berubah Jadi Baik, Timbul Dakwaan Pelakon Lelaki Popular Ini Hamilkan Anak Dara Orang?

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Mengaku Dihamilkan Aniq Suhair, Individu Wanita Tampil Mohon Maaf – “Saya Tak Berniat Jatuhkan Reputasi & Karier Dia”

Khairil Khusyairi