Categories: HiburanTrending

[VIDEO] “This Is Not Funny B*tch” – Bakar Foto, Aliff Syukri Dakwa Diva AA Main Sihir?

Usahawan Datuk Aliff Syukri mendedahkan bahawa pengacara sensasi, Azwan Ali ingin menyihirnya gara-gara insiden tarik rambut sebelum ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isu Tarik Rambut, Imej Diva AA Tercalar! Bakal Saman Aliff Syukri RM100 Juta – “Tiada Maaf Bagimu, See You In Court!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Insiden Tarik Rambut & Saman Malu RM100 Juta, Ini Respons Aliff Syukri -“Kau Ingat Mahkamah B*doh Ke?”

Menerusi perkongsian Aliff, dia memuat naik sebuah video yang memaparkan Azwan Ali atau mesra disapa Diva AA membakar fotonya dan menyatakan ingin menyihirnya.

Susulan itu, Aliff menganggap tindakan Diva AA sebagai keterlaluan dan bukan perkara main-main.

“This is too much… Azwan banyak saya bersabar member saya berikan video ni sebagai bukti. This is not funny bitch.

“Tunggu lawyer saya bertindak… apa yang diperkatakan oleh say aitu adalah fitnah semata-mata. Anda boleh nilai sendiri tindakan dia.

“Saya malas nak membalas ataupun respons dari mana-mana pihak,” kata Aliff.

Walaubagaimanapun, menjengah di ruangan komen, rata-rata menganggap konflik mereka ini sebagai gimik murahan.

Atiqah Johari