Uyaina Arshad Kongsi Detik Cemas Kena Tahan Di Los Angeles, Bimbang Jadi Sasaran Islamfobia – “Rasa Jantung Jatuh Ke Lantai!”

Pengacara Uyaina Arshad berkongsi detik cemas apabila ditahan pihak berkuasa semasa tiba di Lapangan Terbang Los Angeles (LAX), Amerika Syarikat baru-baru ini.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia disoal siasat disebabkan penampilannya yang berhijab dan mempunyai raut wajah seperti wanita Arab.

“US Marshall tahan I & interrogate me. Maybe sebab I’m a hijabi tutup atas sampai bawah & sebab kening tebal kot depa ingat I orang Arab.

“Tapi masa US Marshall tu tahan I, uish rasa jantung jatuh ke lantai woo.. He’s a big guy. Pastu tengok I atas bawah. Seram,” kongsinya.

Tambah Uyaina, dia membuat keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan ke New York kerana rasa tidak sedap hati untuk ke sana.

“I was even supposed to go to New York after LA. But decided to cut the trip short. So, I canceled NY. Entah lah. Ada rasa tak best pasal NY. My gut feelings kata jangan pergi. So, I changed the flight tickets last minute,” ujarnya.

Susulan lantang bersuara tentang isu Palestin, dia bertindak untuk tidak berkongsi semasa berada di Amerika disebabkan bimbang menjadi sasaran Islamfobia yang sering berlaku di sana.

“I received a lot of backlash for my trip to US especially because I am very vocal about Palestine.

“I’m here for more than 2 weeks already, right after Cappadocia. And I didn’t post a single thing. Not even my work. Why?

“Firstly, because I am quite concern about my safety. US & Islamophobia. I do have that fear especially senang nak identify yang I’m Muslim by my hijab.

“Secondly, I know a lot of people will bash me for going to the US since they are allies with Israel,” katanya.

Katanya lagi, soal kerja dan lantang bersuara tentang isu Palestin adalah dua perkara yang berbeza malah dia juga telah menolak pelbagai tawaran daripada jenama yang menyokong Israel.

“I just wanna ask you guys one thing. Korang berhenti kerja tak? Korang tak kerja ke sekarang to be vocal about Palestine?

“This is my work. And my work is to do postings on social media. You have no idea how many brands I have turned down just because they are supporting Israel.

“Ada yang I dah shoot. Tinggal nak post je. But I bailed out. I incurred the loss sendiri. Tak apa,” jelasnya.

Maya Basir