Tudung Makin Singkat, Netizen Tegur Kilafairy… Minta Labuhkan Hijab – “You Dah Cantik Tapi…”

Sejak kebelakangan ini penampilan selebriti Kilafairy semakin mencuri perhatian apabila tudung yang dipakainya kelihatan semakin singkat sekaligus mengundang komen nakal dalam kalangan pengikutnya.

Terbaru, Kilafairy atau nama penuhnya, Syakila Nisa Jahangir Khan, 31, kelihatan tampil dengan pakaian ketat berwarna putih yang dipadankan dengan tudung berwarna hitam muncul dengan video pendek mempromosikan produk kecantikan di Instagram miliknya.

“To all women out there, let’s be beautiful inside and out with jamu,” katanya.

 

Tidak mahu terus terpalit dengan komen nakal peminat, rata-rata pengikutnya yang terdiri dari golongan wanita tampil menegur tindakan Kilafairy supaya melabuhkan tudung sehingga menutupi bahagian dadanya seperti sebelum ini.

Bagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang sempat menitipkan doa agar Kilafairy sentiasa istiqamah dalam menutup auratnya.

“Teruskan istiqamah Kila dalam menutup aurat dengan sempurna. Inshaa- Allah dipermudahkan segalanya. Walaupun nak istiqamah ni jiwa kena kental,” komen netizen.

Salma Syahbuddin