Categories: SelebritiTrending

“Only MEMORIES” – Kongsi Momen Dengan Anak Perempuan, Ramai Sebak Tonton Video Nourul Depp

Penyanyi Nourul Depp memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya meluangkan masa bersama anak perempuannya, Ayu Nazirah buat ramai netizen sebak.

Menerusi perkongsian itu, difahamkan Nourul berkongsi video kompilasi yang dirakam pada tahun lalu ketika bercuti ke luar negara bersama.

Namun begitu, kapsyen dan tanda pagar yang ditulis ringkas oleh Nourul membuatkan ramai warganet turut berasa terkesan dengan konflik yang dialaminya.

“Only MEMORIES. #memories #deppfamily #😔💔,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan semangat buat Nourul semoga terus bersabar.

Malah, ada juga segelintir warganet berkongsi pengalaman yang serupa dihadapi oleh mereka berdepan dengan konflik keluarga.

Sebelum ini, hantaran Nourul cetus tanda tanya dalam kalangan warganet apabila dia memuat naik mengenai anak sulungnya itu.

Artikel Berkaitan: Enggan Kenang Kisah Lalu, Hubungan Nourul Depp & Anak Sulung Didakwa Goyah? – “Tak Akan Terima Lagi, Saya Tidak Reda…”

Artikel Berkaitan: “Wanita Dalam Gambar Ni Dah ‘Mati’ Masa Besarkan Anak Gadisnya” – Kapsyen Nourul Depp Cetus Tanda Tanya?

Artikel Berkaitan: “Kami Sakit Dia Jaga.. Ayu Anak Yang Baik” – Hanya Luah Isi Hati, Nourul Depp Minta Henti Buat Andaian Sendiri

Artikel Berkaitan: Enggan Ulas Isu Konflik Dengan Anak Perempuan, Nourul Depp Masih Berhubung Dengan Ayu – “Biarlah Masa Yang Tentukan Semua…”

Atiqah Johari