[VIDEO] “Sempat Eh Buka Kamera..” – Netizen Tak Senang Duduk Lihat Jejaka Ini Rakam Visual Kawal Keadaan Saat Kemalangan

Tular satu video seorang lelaki merakam dirinya yang sedang bergelut keluar dari kereta bersama keluarga selepas mengalami kemalangan.

Difahamkan, kereta yang dinaiki terbalik akibat melalui selekoh dan jalan yang licin.

Menerusi perkongsian di TikTok, lelaki yang dikenali dengan nama Aliff Imran bersama keluarganya sedang berusaha keluar dari kereta.

Namun, apa yang menjadi bualan ramai adalah cara pemuda itu mengawal keadaan dengan sangat tenang sambil memastikan keselamatan satu persatu ahli keluarganya terjaga.

@allifimranDetik cemas 2 syawal . Alhamdulillah semua selamat. Terima kasih ya allah. selekoh ni dah banyak mangsa

♬ original sound – allifimran

Dalam pada itu, tindakan pemuda tersebut mengeluarkan kamera telefon pintar dan merakam saat-saat dia menyelamatkan ahli keluarga mendapat kecaman orang ramai.

Ada yang mendakwa jejaka itu mahu sengaja tunjuk hero dan pada masa yang sama, ada juga yang memuji cara lelaki itu tenang mengawal keadaan.

“Dah teruk sangat rakyat Malaysia ni, situation yang bahaya suka ya on camera dulu bukan utamakan keselamatan diri. Ubahlah wahai rakyat. Sempat eh dia buka camera dulu, aiyoo dah macam tu kot.

“Respect! Bila situasi macam ni perlu tenang selesaikan keselamatan satu-satu ahli keluarga, semoga sihat-sihat ya. I love your style handling the situation. You’re good.

“He teach us how to handle such situation, bukan mahu tunjuk dia hero ke apa, but already shows us how to keep calm when handling this kind of situation,” ujar netizen.

Nurul Hana