Terkejut Sampai Selamba Peluk Majikan… Emma Maembong & Suami Beri iPhone Sebagai Hadiah Hari Raya Untuk 2 Pembantu Rumah

Gelagat pembantu rumah kepada pelakon Emma Maembong dan suaminya, Shazli Azhar memeluk mereka sebagai tanda terima kasih menarik perhatian.

Menerusi perkongsian di TikTok, Shazli membuat kejutan kepada dua orang pembantu rumahnya dengan menghadiahkan telefon pintar iPhone.

Namun, apa yang lagi menarik perhatian warganet apabila kedua-dua pembantu rumah terbabit meluahkan rasa teruja dengan memeluk pasangan suami isteri itu sebagai tanda penghargaan.

@emmashazliEmma Maambong dan suami hadiahkan Iphone untuk bibik sempena raya, Alhamdulillah. “Kerja baik-baik jangan gaduh-gaduh kerja elok-elok” – Shazli♬ original sound – Little Shariq Arshan Gabriel

Video berkenaan meraih pelbagai reaksi warganet yang terharu dengan kebaikan dan kasih sayang pasangan suami isteri itu, malah ada yang menawarkan diri ingin menjadi pembantu rumah mereka.

“Kalau tengok cara Emma Maembong dan suami nampak tak kekok bila maid mereka datang peluk. Mesti mereka baik gila. Weh dia buat macam adik beradik. Selamba je peluk majikan, terbaiklah boss ni. Tak kedekut.

“Haritu FYP bibik dapat RM10k, yang ni bibik dapat phone. Jangan sampai aku resign jadi bibik eh. Aku rasa nak tukar jadi bibik lah,” ujar netizen.

Nurul Hana