[VIDEO] “Macam Suara Cakra Khan..” – Netizen Terpaku Lihat Hun Haqeem Belanja Suara Ketika Beraya

Aksi pelakon Hun Haqeem menyanyikan lagu berjudul Kekasih Bayangan di samping kakaknya yang bermain piano mencuri perhatian peminat.

Video tersebut dikongsi di akaun TikTok milik kakaknya, Nureen Qistina yang juga merupakan gitaris kumpulan Xpose Band.

Difahamkan, video itu dirakam ketika mereka sekeluarga sedang beraya ke rumah sanak saudara dan Nureen diminta untuk bermain piano.

Kemerduan suara yang dimiliki oleh Hun membuatkan netizen terpaku kerana ada yang menyifatkan vokal pelakon itu hampir sama dengan suara Cakra Khan yang serak-serak basah.

“Sedap juga eh suara Jekfer. Boleh lah try buat satu lagu macam ni.

“Suara macam Cakra Khan tapi dia soft sikit.

“Alamak suara serak-serak Hun tu melting ah gini,” tulis netizen di ruangan komen.

Izzi Farhana