Anggun Mengenakan T-Shirt & Kain Batik, Rita Rudaini Dah Tak Kuasa Nak Pakai Baju Raya – “Pakai Macam Ni Pun Cantik.”

Pelakon cantik, Rita Rudaini berkongsi foto bersama kenalannya dengan hanya mengenakan t-shirt dan kain batik sahaja.

Rita berkongsi gambar terbabit menerusi kemas kini terbaharu di laman Instagram miliknya.

“Lagu tak sesuai dgn I je. I dah tak kuasa nak pakai baju Raya. Inilah baju Raya I. Penatlah nak melaram, cukuplah melaram dalam drama TV je, tu pon I rimas. Tempat i kat sinki dapur je,” tulis Rita di kapsyen.

Walaupun hanya memakai t-shirt dan kain batik tanpa sebarang solekan di wajah, penampilan Rita yang cantik tetap menarik perhatian netizen yang memberi pujian di ruangan komen.

“Masalahnya pakai macam ni pun cantik

“Kak Rita memang cantik sangat-sangat. Ingat dulu pernah beli produk akak kat Shah Alam, jumpa depan-depan tak berkedip mata tengok dengan tingginya. Memang cun natural.

“Cantik tak ditelan usia. Macam tu je dia daripada saya kecik sampai saya dah beranak 3 ni, dia tetap cantik,” tulis netizen di ruangan komen.

Sekadar info, Rita menyambut Syawal bersama anak-anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna di rumah keluarganya yang terletak di Perlis.

Izzi Farhana