Tidak Mahu Raih Simpati, Isteri ND Lala Mohon Jangan Buat Muka Sedih Bila Berjumpa – “Kalau Nampak Muka Sedih, Saya Akan…”

Isteri kepada Datuk ND Lala iaitu Datin Fauziah Sarman memohon sesiapa yang mengenalinya agar tidak tampil dengan wajah sedih apabila bertemu dengannya.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, perbuatan tersebut seakan-akan bersimpati dengan keadaannya yang sedang melalui fasa sukar dalam rumah tangganya.

Menurutnya, dia akan menangis jika melihat wajah yang sedih menyapanya.

“Pada keluarga, sahabat-sahabat dan sesiapa diluar sana yang mengenali saya. Kalau terjumpa saya tolong jangan buat muka sedih.

“Kalau saya nampak muka sedih kalian, saya akan nangis,” ujarnya.

Malah, dia menasihatkan untuk senyum apabila berjumpa dengannya.

“Sedekahkan saya senyuman paling manis. Saya akan senyum pada anda,” katanya.

Februari lalu, nama ND Lala dipetik selepas timbul kontroversi berhubung penyanyi lelaki popular era 80-an dikhabarkan telah bernikah lagi bersama wanita lebih muda.

Fauziah juga pernah membuat pendedahan wajah wanita yang didakwa telah berkahwin dengan suaminya di Instagram miliknya.

Maya Basir