#LaguXTRA: Ada Nilai Sentimental, Amir Masdi Simpan Kenangan Bersama Saudara Mara Dalam Lagu Raya Ini

Selamat Hari Raya Aidilfitri! Minggu ini, Lagu XTRA menampilkan penyanyi Amir Masdi dan lagu Raya kegemarannya.

Menurutnya dia sangat meminati lagu raya daripada penyanyi Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad.

Antara lagu P Ramlee yang disukai ialah Dendang Perantau kerana dia membesar dengan lagu tersebut dan mempunyai nilai sentimental.

“Saya suka lagu Dendang Perantau yang dinyanyi P Ramlee sebab pada saya lagu tu ada sentimental value.

“Saya membesar dengan lagu tu so, banyak memori dengan family dan saudara-mara bila hari raya,” kongsinya.

Mengulas tentang pendapatnya mengenai lagu lama dan baru, kedua-duanya mempunyai rasanya yang tersendiri.

“I like both tapi both ada dia punya essence dalam lagu tu. Kalau lagu lama, dia lebih kepada feel dan sentiment value.

“Kalau lagu zaman sekarang, dia lebih kepada vibe dan unity jadi dia lebih capture attention orang dengan lebih cepat, boleh nyanyi dan menari sama-sama. Both are good,” ujarnya.

Maya Basir