Lama Menyepi, Penghantar Makanan Teruja Dapat Jumpa Dengan Syamsul Yusof! – “Dia Tak Sombong, Siap Bagi Duduk Atas Lamborghini”

Umum sedia maklum, kelibat pengarah dan pelakon sensasi, Syamsul Yusof masih kian menyepi dan tidak kelihatan di mana-mana platform media sosial.

Terkini, seorang penghantar makanan memuat naik satu perkongsian di TikTok miliknya memaparkan beberapa keping foto bersama Syamsul.

Bukan sahaja dapat swafoto dengan Syamsul, malah lelaki tersebut turut dapat bergambar dengan kereta mewah lamborghini milik pengarah filem popular Munafik itu.

“Bukti Syamsul tak sombong. Vibe dia macam Syamsul yang peminat abang ni.

“Macam kawan-kawan pula,” katanya.

Kata individu tersebut, Syamsul memberi keizinan untuk dia duduk di atas kereta mewah tersebut sekali gus membantunya mengambilkan gambar.

“Terbalik pula, tuan kereta yang tangkapkan gambar. Memang kami berdua sahaja ketika itu, teringin juga nak bergambar dengan Lamborghini,” tulisnya.

https://www.tiktok.com/@siapasiapanantitahu/photo/7361550240115199240

Kali terakhir Syamsul memuat naik hantaran di media sosial adalah pada November tahun lalu.

Begitu juga dengan isterinya, Ira Kazar yang turut tidak aktif di media sosial.

Sekadar info, Syamsul mengejutkan ramai apabila memaklumkan sudah berkahwin dengan Ira pada Januari 2023.

Manakala, Syamsul dan aktres jelita, Puteri Sarah Liyana pula sah bercerai talak satu pada Jun tahun lalu.

Artikel Berkaitan: “Biasalah Budak Muda Merajuk” – Yusof Haslam Tak Ambil Hati Syamsul Tak Balik Beraya

Artikel Berkaitan: Hanya Berhubung Demi Perihal Anak-Anak… Puteri Sarah Tak Tahu Punca Syamsul Yusof ‘Menghilang’ Di IG – “Saya Pun Tak Pernah Tanya Apa-Apa”

Aqilah Paharuzi