“Tapi Jangan Risau Orang Banyak Berbisik, Gajah Berlalu” – Netizen Terjemah Peribahasa ‘Mendalam’ Muaz Zabir

Nama pelakon, Muaz Zabir turut menjadi perbualan hangat di media sosial ekoran konflik rumah tangga pasangan selebriti, Bella Astillah dan Aliff Aziz.

Susulan tularnya foto-foto mesra dan penerbangan tiket tertera namanya dan penyanyi itu, Bella kemudian tampil memberikan respons bahawa dia dan Muaz menjalinkan hubungan cinta atas alasan untuk membuatkan Aliff cemburu.

Terkini, ketika isu mengenai pendedahan mesej WhatsApp antara Ruhainies dan Aliff tersebar, Muaz dengan tenang memuat naik satu status peribahasa di Instagram Story (IGs).

Antara petikan peribahasa yang dikongsikannya itu adalah berkait rapat dengan isu ‘panas’ yang sedang berlaku sekarang ini.

Walaupun peribahasa tersebut sukar untuk difahami, namun ada segelintir pihak yang menterjemahkan status tersebut.

“Lemak manis pada dialah, pahit maung pada orang.

“Rebung tak miang, bemban pulak miang.

“Seperti kera dapat bunga, tetapi keluar pula sungai.

“Tapi jangan risau Orang banyak berbisik, Gajah berlalu,” tulisnya.

Hasil tinjauan di platform X, terdapat individu berkongsi tangkapan skrin terjemahan peribahasa yang dipetik menerusi ‘Chatgpt’.

“Lemak manis pada dialah, pahit maung pada orang.” – Peribahasa ini bermaksud seseorang yang mendapat kesenangan atau keuntungan akan merasakan nikmatnya, tetapi kesukaran atau penderitaan akan dialami oleh orang lain. Ini menggambarkan ketidakadilan atau
ketidakseimbangan dalam kehidupan.

“Rebung tak miang, bemban pula miang.” – Peribahasa ini merujuk kepada situasi di mana seseorang mengalami kesulitan atau menghadapi masalah yang tidak dijangka, walaupun pada mulanya nampaknya segalanya baik-baik saja. Ini menekankan perlunya berhati-hati dan berwaspada terhadap potensi masalah yang mungkin timbul.

“Seperti kera dapat bunga, tetapi keluar pula sungai.” – Peribahasa ini menggambarkan situasi di mana seseorang mendapat keuntungan atau kejayaan, tetapi kemudian mengalami kerugian atau kegagalan yang besar. Ini menekankan pentingnya berhati-hati dan mempertimbangkan risiko dalam mengambil keputusan.

“Tapi jangan risau orang banyak berbisik, gajah berlalu” – Peribahasa ini mengajar kita untuk tidak terlalu risau terhadap fitnah atau kritikan dari orang lain, kerana pada akhirnya, waktu akan berlalu dan situasi akan berubah. Ini menekankan pentingnya untuk tetap tenang dan tidak terpengaruh oleh pendapat negatif orang lain.

Terdahulu, Bella Astillah menjelaskan dakwaan curang bersama Muaz Zabir adalah bertujuan mahu membuatkan suaminya, Aliff Aziz berasa cemburu yang pada ketika itu Aliff juga turut curang dengan dua wanita.

Sebelum ini, heboh di media sosial apabila tular dakwaan Bella menjalin hubungan intim dengan Muaz Zabir susulan terdapat pendedahan di TikTok yang memaparkan tangkap layar perbualan mesej antara Bella dan Muaz yang saling bermesra.

Lebih panas, tular juga foto romantis Bella bersama Muaz yang didakwa sudah berlangsung sejak Oktober tahun lalu.

Sejak kelmarin, pendedahan mesej mesra di WhatsApp antara pasangan pelakon sensasi, Aliff Aziz dan Ruhainies semakin hangat diperkatakan di platform media sosial.

Antara mesej yang didedahkan oleh wanita didakwa kekasih gelap Aliff iaitu Sarah Yasmine memaparkan Ruhainies seakan menghasut aktor berkenaan untuk membenci Bella Astillah.

Kontroversi antara Ruhainies dan Aliff tercetus selepas mereka ditangkap khalwat pada 9 Mac lalu dalam sebuah kondominium mewah milik aktres ini.

Susulan konflik tersebut, Bella memfailkan penceraian pada 11 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: Plot Twist…. Didakwa Curang Dengan Muaz Zabir, Sebenarnya Bella Astillah Cuma Mahu Buat Aliff Aziz Cemburu

Artikel Berkaitan: “Saya Hanya Menjadi Pendengar Keluhan Bella Astillah” – Muaz Zabir Mengaku Silap, Tiada Niat Runtuhkan Rumah Tangga Rakan Artis

Artikel Berkaitan: Tampil Mohon Maaf, Ruhainies Mahu Bersemuka Dengan Bella Astillah & Sarah Yasmine Demi Jernihkan Keadaan – “Saya Nak Tutup Buku, Lupakan Isu & Kembali Gembira”

Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine Enggan Bersua Muka & Terpedaya Dengan Ruhainies – “Take The Hint, No Thanks”

Artikel Berkaitan: Difitnah Letak ‘Barang’ Dalam Minuman Aliff Aziz, Sarah Yasmine Mahu Saman Ruhainies?

Aqilah Paharuzi