[VIDEO] – Sharnaaz Ahmad Pujuk Amelia Christie – “Lelaki Ada Dua Pilihan Nak Jadi Alpha Atau…”

Perkongsian terkini pelakon, Sharnaaz Ahmad bersama kekasih hatinya, Amelia Christie menarik tumpuan ramai yang teruja melihat gandingan mereka.

Hantaran tersebut merupakan video promosi Pak Mat Western memaparkan Sharnaaz sedang memujuk Amelia yang merajuk kerana mahu makan kambing.

“Bila perempuan merajuk anda ada dua pilihan, pujuk atau menunjukkan Alpha anda.. Jadi, Mamu memilih menjadi kucing Mainecoon yg ganass.. Bab ending tu kann.. Kita rancang yg terbaik.. syempoiiii,” tulisnya di kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet teruja melihat kecomelan pasangan sejoli ini.

Malah, ada juga segelintir warganet yang berharap Sharnaaz dan Amelia akan segera mendirikan rumah tangga.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut mendapat 150,000 tontonan, 20,000 tanda suka, dan lebih 200 tanda suka.

Aqilah Paharuzi