[VIDEO] Peminat Sebak Lihat Aina Abdul Bagi Putera Muhammad Hadiah, Teringat Jadi Anak Didik Ella Masa Mentor Legend

Nama penyanyi Putera Muhammad semakin kembali menjadi perhatian apabila berjaya merangkul tempat ketiga dalam sebuah program realiti nyanyian baru-baru ini.

Terbaharu, tular sebuah video yang memaparkan momen-momen Putera Muhammad ketika menjadi anak didik kepada Ratu Rock, Ella di pentas Mentor Legend pada 2014.

Lebih manis, penyanyi Aina Abdul turut menjadi anak didik kepada Ella ketika itu.

Menerusi video tersebut, peminat meluahkan rasa terharu apabila Aina menyampaikan hadiah kepada Putera sekali gus mengimbau kembali perjalanan awal karier mereka di Mentor Legend.

“Bila tengok Aina bagi Putera hadiah, teringat waktu zaman mereka bersaing di Metor Legend jadi protege Ella.

“Tersentuh pula momen ini, semoga Putera menyinar macam Aina,” tulisnya ringkas.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut malah mendoakan karier seni Putera terus sukses seperti Aina.

Khairil Khusyairi