[VIDEO] Sharnaaz Ahmad Terbuka Tentang Poligami – “Dalam Al-Quran Lelaki Boleh Kahwin Empat”

Pelakon, Sharnaaz Ahmad tampil memberi respons isu poligami susulan kes tular melibatkan individu bernama Abang Tesla yang meminta izin berkahwin dua. 

Sharnaaz memberi respons terhadap persoalan netizen yang meminta dirinya mengulas tentang kes Abang Tesla berhubung poligami. 

Menurut Sharnaaz, dia bersikap terbuka terhadap poligami dan mempercayai perkara tersebut tidak menjadi masalah kerana tertera dalam Al-Quran. 

“Biarlah dia nak kahwin dua. Hampa ni lupa parkara (poligami) itu ada dalam Al-Quran. Lelaki boleh kahwin empat, ingat tak benda tu?

“Isteri dia (Abang Tesla) bagi, tak kisahlah. Bagi aku ok je nak kahwin dua tiga, bagi aku sangat tak ada masalah. Kalau perempuan tu tak boleh terima, kena bagi tahu awal-awal lah. 

“Hang nak kahwin, kena berani lah. Nak jadi lelaki, kena bimbing hang kena betul dulu lah tapi tak perlu cakap tentang itu tak ada manusia yang semuanya ‘betul’. 

“Ayat perempuan yang akan pakai dekat kita ‘tak sembahyang, puasa’ yang tu memang tak boleh buat apa.. kena hadap je apa dia cakap. 

“Tapi kalau hang nak kahwin, dia tak boleh nak cakap apa. Dalam Al-Quran pun cakap boleh kahwin empat. Buat pekak telinga je.

“Buat mana yang tak ada, macam aku ni solo lagi, kekal solo je la sudah tak payah pening kepala. 

“Depends la, kalau perempuan boleh terima, terima. Kalau perempuan tu tak boleh terima, cerai. Itu saja consequences dia,” katanya. 

Dalam siaran langsung yang sama, ada individu yang bertanya sekiranya aktor filem Polis Evo 3 ini seorang yang setia kepada satu wanita ataupun tidak.

“Mamu jenis macam mana one woman men ke apa?,” soal individu berkenaan.

@xtra_my

‘Kalau isteri pertama boleh terima, kahwin.. Kalau tak boleh, cerai. Simple, jangan complicatedkan hidup’ – Sharnaaz Ahmad #fyp #xtramy #sharnaazahmad #kahwin #4 #poligami #alquran #abgtesla #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Namun begitu, Sharnaaz enggan menjawab malah sebaliknya memberi nasihat kepada penonton siaran langsung tersebut untuk memudahkan kehidupan sendiri dan tidak merumitkan keadaan.

“Aku tak tahu, tak boleh nak cakap aku one women ke two ke three ke. Aku terima macam mana pun. Kalau dia nak sampai Tuhan nak bagi jodoh, kena terima lah walaupun jodoh tu sampai boleh datang selepas jodoh.

“Kalau tak ada jodoh, macam ni lah. Jadi kita tak tahu, jangan cakap benda yang tahu lagi. Kalau ada, terima. Kalau tak ada pun terima. Hidup jangan bagi complicated. 

“Macam ni lah, kalau hang nak kahwin, hang kahwin. Bila dah ada bini, Ttba-tiba nanti sampai lagi satu jodoh, hang nak kahwin hang tanya bini hang dia bagi ka dia tak bagi ka hang kahwin je la mat, memang sah. 

“Tapi kalau bini pertama hang yang pertama tak bagi kahwin, hang masih boleh kahwin tak ada masalah. Tapi kalau dia minta cerai, hang kena pujuklah. 

“Kalau larat pujuk, kalau tak larat pujuk… bye-bye lah. Nak buat macam mana dah dia tak nak. Life is simple, banyak lagi benda lain yang memeningkan atas bumi ini,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sweet! Sharnaaz Ahmad Sambut Birthday Amelia Christie, Telatah Jebat Jayden Curi Perhatian

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puji Sharnaaz Ahmad Sangat Tegas, Amelia Christie Dedah Momen Awal Perkenalan – “Masih Mengenal Hati Budi…”

Kredit: Selebriti Malaysia

Aqilah Paharuzi