Categories: #BabyXTRA

#BabyXTRA: Pernah Rasa Down Anak Kerap Menangis… Jadi Ibu Buat Mona Allen Lebih Penyabar

Tidak semua pasangan suami isteri diberi rezeki untuk menimang cahaya mata, ada juga yang mengambil masa yang lama menanti kelahiran anak sulung.

Begitu juga dengan pelakon, Mona Allen yang menanti kelahiran putera sulungnya, Petra Pekin selama empat tahun.

Menerusi segmen #BabyXTRA minggu ini, Mona berkongsi perjalanan dan pengalamannya menjadi ibu buat pertama kali. 

Menurut Mona, dia menjalani pelbagai rawatan moden dan sains sebagai ikhtiar untuk mendapat zuriat. 

Jalani Rawatan Islam

Empat tahun menanti kehadiran cahaya mata, Mona Allen berkata mereka suami isteri tidak menyerah dan berikhthiar menggunakan pelbagai cara, termasuklah rawatan Islam. 

“Kami ada berjumpa dengan doktor memang tiada masalah. Ada rakan saya sarankan berjumpa dengan ustaz buat rawatan Islam. 

“Kita cuba, beberapa kali ustaz tu cadangkan minum kelapa bakar yang ada limau tanpa mengharapkan apa-apa. Alhamdulillah, Allah izinkan,” ujarnya. 

Mendidik Jadi Ibu Penyabar

Pertama kali menjadi seorang ibu, Mona Allen berkata anaknya seorang bayi ‘high demand’ yang banyak mendidiknya menjadi lebih penyabar.

Mona turut berkongsi momen ketika dirinya berasa ‘down’ ketika anaknya kerap menangis ketika berumur satu hingga dua bulan.

“Petra banyak mengajar saya erti sabar. Saya menjadi seorang yang sangat sabar, kuat dan satu pengalaman yang sangat meaningful.

“Anak saya adalah high demand baby, umur sebulan hingga dua bulan tu dia nangis all the time kami suspect sakit. Tapi selepas tu ok dah.. 

“Bila dukung dia pun saya menangis yela tak cukup tidur, anak merengek.. Itu adalah momen yang saya tak boleh lupakan,” ujarnya.

Anak Tak Mahu Minum Susu Guna Botol

Jelas Mona Allen, anaknya Petra menyusu direct dari ibu dan tak menggunakan botol.

“Pengalaman tu sebenarnya sangat sukar sebab saya fikir oh senang nak bagi anak minum susu pakai botol. Petra tidak, sebab tu saya kata dia ajar saya seorang sabar sebab benda tu susah sebagai ibu. 

“Saya tak saya mengeluh, tapi perkara tu membuat saya jadi lain daripada dulu. Saya bersyukur dpat pengalaman itu bagi direct feeding, memang tak boleh dilupakan,” katanya lagi. 

Sekadar info, Mona dan Pekin berkahwin pada Disember 2018 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Petra Pekin, setahun. 

Aqilah Paharuzi