Sering memaparkan keharmonian keluarga di media sosial, pasangan selebriiti Amar Baharin dan Amyra Rosli wajar dijadikan contoh terbaik dalam mendidik anak-anak.
Menerusi segmen #BabyXTRA minggu ini, Amar dan Amyra berkongsi cara mereka menerapkan ilmu keibubapaan dalam keluarga bersama dua cahaya mata.
“Sebenarnya kami banyak kekurangan tapi berusaha sorok depan anak-anak, cuba tunjuk kebaikan sehabis baik.
“Kami transparant, jujur, jawab terus terang, jangan sesekali tipu anak. Treat them like an adult.
“Tunjukkan contoh yang bagus di rumah sebab cerminan anak-anak tu sebenarnya diri kita ibu bapa.
“Zaman kita lain, mak kita dulu pukul tapi akhirnya jadi orang. Bukan nak kata jangan marah anak, tapi kena betul dengan cara.
“Saya buat experiment dengan anak-anak, bila saya marah, anak-anak akan lagi tak menyahut dan tak mendengar.
“Saya percaya mereka akan jadi lebih keras. Kalau anak-anak sedih, saya akan terus tanya. Misal kata air tumpah ke, jangan marah. Suruh dia ambil kain lap dalam nada lembut.
“Kalau Anaqi merajuk, saya tarik dia dalam bilik tanya apa masalah dia. Sebab tu saya kata didik anak-anak macam dewasa, lagi cepat dia matang,”
“Anak-anak saya tetap menjadi budak yang kena pergi sekolah. Saya tak biasakan anak-anak saya jadi selebriti atau fikir dia anak artis.
“Sebab apa pun perkara paling utama kita nak anak jadi orang yang beradab.
“Anaqi dan Aryssa bebas nak buat apa pun, asalkan bukan benda yang tak elok.. saya sokong sepenuhnya.
“Seperti mana ibu ayah saya sokong saya, seperti itulah saya akan berikan dorongan untuk anak-anak.
“Anak kedua ni nampak minat dia dalam industri lebih, saya tak menghalang cuma kalau untuk berlakon drama belum lagi. Sekadar iklan okay,”
Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada 2016 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata Aqeef Anaqi Amar dan Ayra Aryssa Amar.
Artikel Berkaitan: Terbuka Anak Jadi Duta Produk, Amyra Rosli & Amar Baharin Ada Cara ‘Parenting’ Berbeza
Wah, MK jadi jahat!
Bagus Aslam, rajin cari rezeki untuk dua isteri!
Bukan kesalahan perempuan aje tau!
Abby Abadi reda menerima ujian ini.
Wah, mesti best kan!
Pandangan mata Bella tu penuh dengan rasa cinta untuk Aliff Aziz 🥲🥹 Sedihnya..