[VIDEO] Shila Amzah Merajuk Netizen Panggil ‘Mak’, Individu Pujuk Bagi Gift TikTok Pheonix Cecah RM26,000

Pasangan selebriti, penyanyi Shila Amzah, 32, dan suami tercintanya, personaliti media sosial Ubaidillah MZ, 25, sering mencuri perhatian ramai terutamanya selepas sah berkahwin pada 6 Ogos lalu.

Menerusi sebuah video tular di platform TikTok, Shila dilihat sedang merajuk dek terasa apabila menerima komen negatif daripada netizen yang memanggilnya dengan panggilan ‘mak’.

Pelantun lagu popular Patah Seribu itu terus membawa diri keluar daripada siaran langsung TikTok tersebut dan meninggalkan suaminya seorang diri melayan pengikut mereka.

“Serabut!,” tutur Shila.

Susulan itu, Ubai memanggilnya dengan nada lembut demi memujuknya untuk kembali menyertainya menjawab soalan-soalan netizen di ruangan komen siaran langsung itu.

Shila akhirnya kembali dan dikejutkan dengan pemberian hadiah TikTok mewah mencecah RM26,000.

“Jangan merajuk lagi ok,” tulis individu yang memberi hadiah Pheonix itu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berharap Shila kekal tabah apabila mendapat komen sedemikian.

Sekadar info, Shila dan Ubai sah berkahwin pada 6 Ogos 2023 selepas empat bulan mengikat tali pertunangan.

Sebelum ini, Shila pernah berkahwin bersama Haris Idraki pada April 2018 namun berpisah pada Februari 2022 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Seth Uwais.

Artikel Berkaitan:  Dengan Sekali Lafaz, Shila Amzah Sah Bergelar Isteri Kepada Ubai MZ

Artikel Berkaitan: “Memang Dia Dah Buang Kami Anak Beranak & Fokus Pada Wanita Itu” – Ibu Shila Amzah

Artikel Berkaitan: Shila Amzah Tampil Respons Isu Ibu Bapa Bercerai – “Serabut! Doakanlah Saja Mereka Bahagia”

Aqilah Paharuzi