Tular Foto Jalani Rawatan di Pusat Perubatan Islam, Ramai Titip Doa Elizad Dapat Zuriat – “Terus Berikhtiar, Jangan Putus Harapan”

Baru-baru ini, tular sebuah foto memaparkan pelakon dan pengacara, Elizad Sharifuddin dikhabarkan selesai menjalani rawatan cara Islam di Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin terletak di Ayer Molek, Melaka.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, terdapat individu yang dipercayai pengasas pusat perubatan tersebut memuat naik foto bersama Elizad di platform TikTok dibawah nama akaun Pusat Perubatan Al Mujahidin.

Menurutnya, Elizad sering mejalani rawatan di pusat perubatan tersebut setiap kali kesihatannya terganggu.

Dalam pada itu, individu berkenaan turut mendaoakan agar segala urusan Elizad dipermudahkan untuk menimang cahaya mata setelah hampir sembilan tahun mendirikan rumah tangga bersama suami, Shamsul Baharin Rahmah.

“Alhamdulillah, selesai rawatan hari ini. Pesakit terakhir, Siti Elizad. Elizad memang selalu datang ke sini bila kesihatan beliau terganggu.

“Moga Ejad (panggilan Elizad) dan semua pesakit cepat sembuh seperti sedia kala dan dipermudahkan Allah untuk kurniakan cahata mata, Aamiin,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan doa buat Elizad dan suami agar dikurniakan rezeki untuk mendapat zuriat.

Sebelum ini, Elizad atau nama penuhnya Siti Elizad Mohd Shariffudin pernah menjalani rawatan kesuburan persenyawaan In-vitro (IVF) buat kali pertama pada Februari 2020 namun disahkan mengalami keguguran pada November tahun sama.

Susulan itu, aktres drama Teman Lelaki Upahan ini turut menjalankan rawatan IVF buat kali kedua pada tahun lalu.

Artikel Berkaitan: “Susahnya Nak Dapat Awak Ni..” – Elizad Shariffudin Jalani Rawatan IVF Kali Kedua

Artikel Berkaitan: Disaran Duduk Rumah Supaya Mudah Hamil, Siti Elizad Terkilan Dengan Netizen Mulut Puaka

Artikel Berkaitan: Elizad Terharu Tunku Permaisuri Agong Usap Perut Sambil Doa Kurnia Zuriat

Aqilah Paharuzi