Diana Danielle Nafi Lagu Bersama Dengan Rindu Ditujukan Buat Farid Kamil – “Saya Bukan Nak Ambil Kesempatan…”

Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle menafikan lagu barunya yang berjudul Bersama Dengan Rindu ditujukan kepada bekas suaminya, Farid Kamil.

Menerusi siaran langsung di TikTok @KopiPlanet.com, lagu tersebut sudah dirakam pada tahun lalu dimana sebelum Diana memfailkan kes cerai lagi.

“Tidak, bukan cara saya untuk menggunakan hal peribadi untuk membuat lagu. Lagu tu dah dirakam awal tahun lepas. Lagipun dah record muzik video lagu tu awal tahun ni tapi ada sedikit hal.

“Jadi tak ada kena mengena pun keadaan sekarang cuma kami terpaksa keluarkan juga lagu tu sebab dah lama dah disimpan dan ada lagi lagu-lagu lain yang akan keluar.

“Saya bukan nak ambil kesempatan tapi saya kena teruskan kerjaya. Kerja tetap kerja, saya bukan duduk atas emas. Saya kena bekerja,” jelasnya.

Diana dan Farid sah bercerai talak satu menerusi aplikasi Google Meet di dalam dewan bicara Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, semalam.

Untuk rekod, rumah tangga hanya bertahan selama 11 tahun dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad dan Aurora.

ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil, Diana Danielle Sah Bercerai Talak Satu Melalui Google Meet

Maya Basir