[VIDEO] Shuib Kongsi Kenangan Arwah Siti Sarah Mengidam Ketika Mengandung Buat Warganet Sebak

Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib berkongsi tentang kenangan bersama arwah Siti Sarah ketika hamil anak-anak mereka buat ramai warganet sebak.

Menerusi rakaman yang di muat naik di Instagram Suria Malaysia, memaparkan Shuib sedang bercerita tentang kenangan manis bersama arwah yang dikatakan mengidam pelik seperti ingin merasa sabun.

“Dia punya mengidam pelik sangat.

“Masa pergi pusat beli belah, dia akan suka tempat sabun tu. Bau okey lagi, tapi dia buka penutup pelembut baju itu dan tuang dan dia rasa. Dia calit di jari dan letak kat lidah dia,” jelas Shuib.

Satu lagi kenangan mengidam yang terakhir dapat Shuib tunaikan ialah ketika arwah Sarah hamil anak bongsu mereka iaitu, Ayash Affan.

“Mengidam hendak makan daging Wagyu.

“Dia ketap bibir sambil telan air liur dan ketika hamil Ayash Affan ni dia memang suka sangat makan daging Wagyu.

“Dan haritu masa dia minta tu, sememangnya Alhamdulillah dapat ditunaikan dan dia terlalu seronok sangat makan daging tu.

“Seronoknya, Ya Allah, dapat jugak ditunaikan,” cerita Shuib.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian apabila rata-rata warganet meninggalkan komen dengan rasa sebak apabila Shuib bercerita tentang kenangan indahnya bersama arwah Siti Sarah.

Sumber: IG Suria Malaysia

Khairil Khusyairi