[VIDEO] Siap Nyanyi Depan-Depan Anwar Ibrahim, Ifa Raziah Teruja Nak Bersalaman Tapi…

Penyanyi dangdut, Ifa Raziah menjadi tumpuan warganet apabila memuat naik sebuah klip rakaman video di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Ifa memuat naik sebuah rakaman memaparkan dia sedang beramah mesra bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di satu majlis di ibu kota.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah Anwar menolak salaman ketika Ifa Raziah ingin berjabat tangan bersamanya.

Dengan bersahaja, Anwar memaklumkan dirinya dalam keadaan wuduk.

Dalam perkongsian lain, Ifa turut memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan dia sedang mendendangkan sebuah lagu kepada Anwar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji tindakan Perdana Menteri itu yang tidak bersalaman dengan bukan mahram.

Khairil Khusyairi