Obses! Peminat Tulis 100 Sebab Untuk Meminati Amir Ahnaf… Netizen Beri Nasihat: “Dik, Kau Waras Ke Tak?”

Tular sebuah perkongsian seorang peminat kepada Amir Ahnaf yang memberikan 100 sebab untuk meminati pelakon baharu terbabit.

Peminat tersebut berkongsi 100 sebab terbabit di laman sosial Twitter.

“You have no idea how much I love you, Amir,” ciap peminat terbabit.

Perkongsian itu mendatangkan reaksi kurang senang netizen yang mendakwa perkara tersebut dilakukan oleh peminat yang terlalu obses dengan artis kegemarannya.

“Kalah 99 kata-kata Fattah Amin.

“Dik, kau waras ke tak?” ciap netizen di laman Twitter.

Walaupun peminat terbabit dikecam kerana tindakannya yang berkongsi hantaran tersebut, tetapi dia bertindak untuk tidak melatah dengan kecaman yang diberikan.

Meninjau ke ruangan ‘quote tweet’ pula, terdapat netizen yang menjadikan perkongsian tersebut sebagai satu bahan jenaka.

“I thought this is the end credit role of some movies or something.

“I can’t even list 10 things I love about myself how you can list 100.

“HO with their list of patients and hundred of plans to carry out,” tulis netizen.

Namun begitu, terdapat segelintir netizen yang turut risau dengan sifat obses yang ditonjolkan dan menasihatkan agar individu tersebut untuk mendapatkan bantuan.

Izzi Farhana