[VIDEO] Siti Nurhaliza Rawat Vokal Bersama Syafinaz Selamat

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi beberapa video di Instagram Story miliknya yang dikhabarkan akan menjalani rawatan untuk vokalnya.

Menerusi video tersebut, Siti berkata proses memulihkan suaranya akan dibantu oleh guru vokal terkenal dan penyanyi, Datuk Syafinaz Selamat.

ā€œHari ini kita sesi bersama Datuk Syafinaz, bawa saya pergi hospital dulu cek vokal apa masalah saya tak baik. Thank you for your time Datuk,ā€ katanya dalam video tersebut.

Ā 

Berdasarkan video lain, Siti berkongsi menggunakan ā€˜sinus rinseā€™ sebagai salah satu cara untuk membersihkan kawasan hidung.

Ā 

ā€œSaya rasa ramai yang ada masalah selepas Covid-19 macam saya kena buat sinus rinse ni untuk kesihatan hidung dan mulut. Tak ada masalah pun sesekali kena buat jugaā€¦ Lepas buat rasa rongga hidung ni clean dan clear,ā€ tulisnya.

Ā 

Sebelum ini, pelantun lagu Cindai ini pernah mendedahkan berdepan masalah pernafasan pendek selepas dijangkiti Covid-19 sekitar tahun lalu.

Susulan itu, Siti berusaha untuk merawat vokalnya semula yang terjejas terutamanya ketika menyanyikan lagu-lagu bernada tinggi.

Artikel Berkaitan: ā€œParu-Paru Tak Kuat Nak Capai Suaraā€ ā€“ Alami Masalah Nafas Pendek, Siti Nurhaliza Akui Kualiti Nyanyian Terganggu

Aqilah Paharuzi