Cantik Persis Wanita Korea, Sebar Aura Positif… Ramai Berterima Kasih Pada Janna Nick – “Be Happy Okay?”

Pelakon dan pengacara Janna Nick sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan peminatnya selepas berkongsi gambar ketika bercuti di Taipei, Taiwan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Janna telah memuat naik beberapa kepingan foto dirinya ketika berada di sebuah taman bunga, di sana.

Dalam perkongsian tersebut, pelakon itu turut menyebarkan aura positif dan kata-kata semangat buat orang ramai menerusi kapsyennya.

“Nak pergi kerja kan? Nah! 🌸 Saya hadiahkan satu taman bunga ni untuk awak ok? Pls be happy & keep everyone around you happy. Jangan harap kan orang lain yang buat kita rasa happy & ceria. Be the happy one ok?

“Niat pagi ni.. Aku nak HAPPY! If you manage to stay happy dari awal pagi ni sampai malam ni. Awak dah kira berjaya buat satu pencapaian tau! As simple as that kan? So have a great day ahead ❤️,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah menerima pelbagai respons yang rata-ratanya mengucapkan terima kasih atas kata-kata semangat yang diberikan.

Malah, penampilan aktres tersebut turut dipuji bahkan dikatakan cantik persis wanita Korea.

Fatin Nurain