[VIDEO] Sofyank Tamat Zaman Bujang, Video Pre-Wedding Gempak! – “Teaser Je Dah Meremang”

Pempengaruh dan penyunting visual terkenal, Sofyank atau nama sebenarnya Mohd Sofian Abdullah, 26, telah selamat dinikahkan dengan suri hati pilihannya, Nabilah Ramli, 24, pada pukul 8.30 pagi hari ini.

Apa yang menarik perhatian, Sofyank membuat perkongsian sebuah video teaser pra-perkahwinan yang diberi tajuk The Color Of My Life || HER di akaun Instagram (IG) miliknya dengan kapsyen meminta orang ramai mendoakan agar majlisnya berjalan dengan lancar.

“Doakan majlis kami esok berjalan lancar w/@theabyl,” tulisnya.

Video perkongsian tersebut telah mencuri tumpuan warganet dan pengikutnya di IG.

Rata-ratanya memuji dan kagum dengan video yang dihasilkannya itu.

“One of the best filmmaker in Malaysia.

“Uishh padu video.

“Pergh yang last tu macam dalam scene deathly hallows seh,” puji warganet.

Tidak dapat dinafikan bakatnya, video tersebut menggunakan konsep ‘magic tricks’ dan ramai yang terkesima dengan sinematografi video tersebut sehinggakan ada yang mengharapkan personaliti internet Amerika Syarikat, Zach King untuk memberi reaksi terhadp video Sofyank.

“Nice gila sinematografi dia. Congrats for both of you.

“Pergh sinematografi yang mantap amat, by the way congrats Bang Pian!

“Congrats on the wedding but imagine if Zach King attended the wedding.

“Harap sangat Zach King buat react video ni.. mesti dia happy,” tulis warganet di ruangan komen.

Selain itu, ramai yang meninggalkan ucapan tahniah kepada Zach King Malaysia ini, tidak terkecuali rakan selebriti seperti Fify Azmi, Kodi Rasheed dan Radin atas pernikahannya.

Video penuh pra-perkahwinannya telah dimuat naik di saluran Youtube secara premier.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 32,000 tontonan dan lebih 3000 tanda suka.

Namun, ramai yang sudah tidak sabar menanti untuk menyaksikan video perkahwinan mereka pula.

Sekadar info, nama Sofyank mula dikenali beberapa tahun lalu selepas video kreatifnya tular.

Malah, dia juga pernah berkolaborasi dengan Zach King.

Tambah, pada April lalu, video yang disunting Sofyank telah mendapat perhatian daripada pelakon Hollywood, Ryan Reynolds.

Atiqah Johari