[VIDEO] “Suka Tengok Couple Ni, Simple Tak Menunjuk, Romantik Pula Tu”- Nelydia Dan Suami Dipuji Netizen

Sempena ulangtahun suami tercinta,  pelakon Nelydia Senrose nampaknya membuat kejutan menghadiahkan sebuah skuter jenis, Vespa kepada suaminya, Mohd Hafez Halimi.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Nelydia di laman sosial miliknya, Hafiz kelihatan terkejut dan teruja menerima hadiah tersebut terutamanya apabila ia dalah pemberian dari isteri tercinta.

@nelydiaroseHappy birthday my whole wide world♬ original sound – Nelydia

 

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun ditonton lebih 400,000 tontonan dan meraih lebih 300,000 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Isnin.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut aktres berkenaan memuji sikap merendah diri yang dipamerkan Nelydia malah, beliau juga dikatakan tidak ‘over’ memperlihtakan kemesraannya bersama suami di media sosial.

Untuk info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 6 April 2019 dan masih belum dikurniakan cahaya mata.

 

ARTIKEL BERKAITAN:Syukur Dapat Tunaikan Haji, Nelydia Senrose Akui Segan Dipanggil Hajah – “Cukup Panggil Nama Saja”

ARTIKEL BERKAITAN:Akui Khilaf Sendiri, Nelydia Senrose Mohon Doa Kekal Istiqamah – “Kalau Orang Lain Kecewa, Saya Lebih Kecewa”

ARTIKEL BERKAITAN:Aprena Manrose Tampil Bersuara Isu Nelydia Senrose Buka Tudung

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Nelydia Senrose Dilihat Kembali Free Hair?

Salma Syahbuddin